PERMOHONAN GANTIAN MYKAD 2.0

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

"RAKYAT DI HATI JPN"

MAKLUMAN

Pembayaran melalui kad debit dan kad kredit sahaja.
 
Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN :
- Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
- Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
- Cuti Umum : Sistem ditutup
 
Hanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu :
1) Gantian Kerosakan Fizikal Kad
2) Gantian Kerosakan Cip
3) Gantian Biasa
4) Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)
 
Tempoh masa kutipan MyKad bagi transaksi permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut :
a) Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
b) Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
c) Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak
 
Sekian, harap maklum.